Offer letter

Macam yang aku cerita dalam post aku sebelum ni, aku cuma apply loan rumah aku tu kepada 1 bank je iaitu CIMB. Sebenarnye, tindakan aku ni tak berapa betul. Sebabnya, kalau lah bank CIMB ni tak luluskan pinjaman aku, huh! memang ‘masak’ la aku.

Aku sepatutnya kene submit application loan aku ni ke beberapa bank serentak. Jadi, kalau bank A reject application aku, aku ade lagi bank B, C, D dan E. Ade  banyak backup. Lagi satu, setiap bank ade menawarkan pakej  pinjaman yang berbeza. Jadi, kalau semua bank approved, boleh la aku demand nak pilih mane satu.

Nak cerita banyak pun tak guna. Aku kene akui kesilapan..dan aku kene belajar dari kesilapan aku tadi tu.

Mujur..selepas lama menunggu, akhirnya offer letter untuk pinjaman perumahan aku tu keluar jugak akhirnya.

Al-kisahnya, proses kelulusan loan aku tertangguh lama sebab macam-macam reason.

Antara sebab-sebab yang boleh aku rumuskankan adalah:

1. Banker agak slow proses loan aku. – aku pernah dengar, kalau banker yang cekap, dalam tempoh masa 3 hari dari tarikh submit loan application, dah boleh tau lulus ke tak. Tapi si banker aku ni, aku kene buat follow-up call banyak kali. Secara keseluruhan, ambik masa lebih 2 minggu baru la offer letter keluar.

2. Hujung tahun – ramai yang bagitau, bila dah hujung tahun ni, kebanyakkan bank akan jadi lambat untuk proses loan kita. Sebabnya mereka dah achieve target sales mereka..jadi mereka dah tak perlu berlumba-lumba lagi untuk cari customer. Tambah pulak lagi kalau loan yang ciput-ciput ni. Lainlah kalau buat loan RM500K. Kerja yang sama rumit, tapi untung tak seberapa. Betul ke tidak, aku tak sure. Hanya banker yang boleh jawap.

3. Waktu cuti sekolah – Ni biasalah. Bila cuti sekolah, mak bapak pun ikut cuti jugak. Termasuk la banker aku nih. Siap bagi warning kat aku, kalau nak cepat, kene submit support document yang dia nak tu cepat sikit..sebab dia nak cuti seminggu.

4. Dokumen tak lengkap – Part ni adalah silap aku. Sebabnya masa submit loan application tu, aku cuma submit standard document  saje (macam yang aku cerita sebelum ni). Sepatutnya, aku kene submit sekali salinan buku penyata ASB aku, salinan buku akaun Tabung Haji aku, salinan penyata pemilikan  saham yang aku ada dan segala bukti tentang ‘harta’ tunai yang aku ada. Dokumen-dokumen ini adalah support document yang banker aku mintak daripada aku apabila dia check kat CCRIS, komitmen aku agak tinggi. Jadi, dia perlukan all these support documents sebagai menyokong dan menguatkan lagi asas untuk dia luluskan pinjaman.

5. Submit loan application ke 1 bank saje – Macam aku cerita kat atas, part ni adalah silap aku. Sepatutnya aku submit application ke beberapa buah bank. Tak kisah la sama kita nak guna lawyer yang sama atau tak. Jadi, kalau bank pilihan kita lambat keluar offer letter, bank yang lain mungkin tak macam tu. Kerana proses kelulusan banyak bergantung kepada kecekapan seseorang banker. Banker B mungkin lebih cekap dan efisen berbanding banker A.

Jadi, tu je la rumusan kesilapan yang aku belajar. Apepun halnya, aku dah lega sebab loan aku dah lulus. Tapi selagi bank tak buat full loan disbursement, aku masih belum boleh lega sepenuhnya. Aku cuma harap takde masalah lain berlaku lepas ni..

No related posts.

Subscribe / Share

2 Comments Post a Comment
  1. helmi says:

    sedikit memenatkan bab2 loan ne…leceh tapi kene lalui gak..

  2. helmi says:

    tuan..lama x update….sy baru nak blajo saham ne…dah bukak CDS kat maybank….huhu…main redah jer ne….nak cari mentor pun tak tahu kat mane…..blaja sendiri jer nee…

Leave a Reply




CommentLuv badge