Feature Terbaru Jupiter Securities – Good till Date

Sekali lagi, tulisan aku ni bukan untuk promote mana-mana broker. Aku just nak share apa yang aku rasa bagus untuk dikongsi bersama.

Sebelum ni, untuk membuat transaksi penjualan atau pembelian saham, kita akan buat order setiap hari. Contohnya kalau aku nak jual saham aku KPJ hari ni pada harga RM5.00, aku akan place order. Jika order aku tak match pada penghujung dagangan pada petang ni, place order tadi akan terbatal dengan sendirinya.

Kalau aku nak jual pada harga yang sama untuk keesokkan harinya, aku kene place order sekali lagi pada esok hari. Dan kalau order tak match jugak, order tadi akan terbatal sekali lagi secara automatik pada penghujung dagangan. Jadi, selagi order aku tak match, aku kene ulang place order setiap hari.

Sama jugak kalau aku nak buat pembelian sesuatu saham. Proses yang sama aku kene ulangi. Selagi order tak match, aku kene ulang masukkan order setiap hari.

Sekarang Jupiter Securities dah implement feature terbaru dalam online trading platformnya dengan memperkenalkan Good till Date.

Good till Date adalah feature yang membolehkan client/pelabur untuk buat place order yang valid sehingga 30 hari dagangan dengan hanya sekali place order.

Maksudnya, kalau aku berhasrat nak jual saham KPJ aku pada harga RM5.00, aku just buat place order sekali sahaja dan ianya akan valid selama 30 hari dagangan selagi order aku tak match. Tak perlu lagi untuk aku buat place order setiap hari. Sebab order yang tak match akan dibawa keesokkan harinya selama mana aku mahu..dengan maximum 30 hari dagangan. Once order aku dah match, ianya akan terbatal dengan sendiri..heheee..cool beb!

Sebenarnya feature ni dah digunapakai dalam dagangan forex dah bertahun lamanya. Kelebihan feature ni adalah dari segi flexibility. Kadang-kadang kita tak punyai masa untuk masuk ke dalam portal online trading akibat kesibukkan bekerja atau atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bila dah ada feature ni, memudahkan sikit terutama bagi pelabur part-time yang masih bekerja makan gaji macam aku.

Aku dah lama tunggu feature ni sebenarnya. Sebab masalah yang aku selalu hadapi ialah kesukaran aku nak access internet bila aku berada kat site project. Kalau nak guna offline trading, mahal la pulak brokerage feenya nanti. Jadi, bila ade feature ni, senang la sikit.

Cuma kene berhati-hati sikit kalau nak guna feature ni. Pastikan korang ada perancangan yang rapi. Kene tentukan betul-betul berapa harga nak set dan berapa lama validity order ni akan digunakan. Sebab pergerakan harga saham kadangkala begitu dinamik. Cepat sangat berubah. Silap gaya boleh sebabkan kerugian nanti.

Menurut Jupiter, feature ni akan mula digunapakai mulai 27 Februari ni. Hmm…Niceee..heheee…

 

 

No related posts.

Subscribe / Share

12 Comments Post a Comment
  1. zul says:

    Salam Tuan,

    nak tanya sikit, Jupiter online trading platform ni hanya boelh ‘access’ guna Internet explorer jer ke?
    Saya cuba guna browser firefox dan google chrome tak boleh la…

    • 81cents says:

      Ye betul. Hanya internet explore je. Sebab internet explorer ade aplication direct-X. Trading platform utk jupiter & maybank guna applikasi direct-X. Firefox & google crome takde application ni dalam interface mereka.

  2. H says:

    tuan..lepas buka acct kat maybank…sy dpt email dr maybank suruh bukak pakai http://www.powerbroking2u.com….penin…bukan bukak biasa pakai maybank2u ke??…ke sy dpt email palsu nee???

    • 81cents says:

      Sy rasa link tu adalah link maybank investment selain dari maybank2u. Tuan daftar/buka akaun kat maybank investment bank ke atau kat maybank equity investment centre? Tp utk lebih pasti lg, sy nasihatkan contact Maybank terus. :-)

  3. syah says:

    Salam…ada pe latest news tentang Jupiter ni?..
    xd bkak pe2 post ke tentang mcmne nk bkak acc ni?

  4. Mansur says:

    Salam tuan..apa ciri-ciri dalam chart untuk kita tetapkan support level atau resistance level..?dan apa kepentingan kedua-dua level tu..?terima kasih :)

    • 81cents says:

      Nak cerita psl support & resistance ni panjang. Tp kedua-dua ni adalah perkara yg paling asas yg perlu setiap pelabur mahirkan. Basically, ia akan membantu pelabur utk decide bila masa sesuai utk enter market, bila masa sesuai utk keluar market.

  5. syah says:

    btl kata bos tu Mansur..bila harga dah hampir pd garis RESISTANCE,pasaran akan bg reaksi secara psikologi dgn menganggap harga dah terlalu tggi,bila harga dah terlalu tinggi..sume org nak jual.btl x?tambah pulak dgn yg dah beli pastu nak jual..maka harga akan turun mgkin jauh dari garis RESISTANCE.tu yg aq fhm..klu salah..tlg btlkan..hehe

  6. zul says:

    Tuan,
    Apakah yang dimaksudkan dengan ‘volume’ dalam pasaran saham?

Leave a Reply




CommentLuv badge