Dokumen yang diperlukan..

Proses nak beli rumah ni agak leceh..tak macam nak beli handphone kat Digital Mall..belek-belek..tekan-tekan..kalau suka terus hulur duit dan dapat barang dengan resit warranty..simple..

Tapi beli rumah, kene pegi tengok..belek-belek bilik tidur..tekan on-off  suis lampu..bukak-tutup pili paip..ketuk-ketuk dinding..tengok syiling ade bocor ke tak..tengok jiran gangster ke tak.. Kalau suka, hulur duit deposit, dapat resit…tapiii.. belum tentu korang boleh dapat rumah tu lagi.

Sebelum aku cerita lanjut, aku nak share satu info. Tak tau la sama ada info ni penting atau tak..tapi bagi aku yang masih newbie dalam urusan jual-beli rumah subsale ni, ia adalah sesuatu yang baru..ehehee..

Dalam urusan jual-beli rumah subsale, penjual atau owner rumah yang menjual rumah tu akan dipanggil sebagai ‘vendor’. Jadi lepas ni, kalau aku cerita pasal vendor dalam pelaburan hartanah, ia merujuk kepada si penjual atau pemilik rumah yang menjual rumah dia kepada pembeli seperti aku..dan bukan merujuk kepada orang yang supply barang (sepertimana yang aku faham sebelum aku bergiat cergas dalam pelaburan hartanah ni..eheheee..)

Sambung cerita….

Pembelian rumah melibatkan dokumen yang banyak. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu diserahkan oleh agen & vendor  kepada kita..untuk kita serahkan kepada lawyer kita..

1. LOI (Letter of Intent). Ada gak yang ditulis sebagai Letter of Offer to purchase & acceptance.

2. Salinan Sale & Purchase Aggrement (S&P) rumah tersebut. Ade yang panggil SPA. Dua-dua ni bende yang sama. Dokumen ni adalah untuk membuktikan yang vendor tu adalah pemilik sebenar hartanah tersebut.

3. Title atau geran rumah tersebut.

4. Salinan IC vendor.

5. Baki penyata pinjaman bank vendor untuk rumah tersebut. Ni sebab nak tau berapa banyak lagi baki pinjaman vendor dengan bank untuk rumah tersebut.

6. Resit atau bil bagi cukai tanah, cukai pintu, maintenance fee. Ini bagi memudahkan proses tukar nama nanti.

Selalunya kita cuma akan dapat dokumen no 1 dan no 2 je. Tapi ada jugak yang  cuma dapat dokumen no 1 je..dokumen yang lain tu akan diperolehi lepas seminggu atau selepas kita mintak sendiri kat mereka. Tu semua bergantung kepada kecekapan agen dan vendor. Kalau mereka betul-betul dah biasa dengan proses ni, mereka akan sediakan awal-awal lagi. Jadi, pembeli macam aku ni tak perlu nak mintak-mintak kat diorang. Mudah sikit prosesnya.

Macam kes aku, agen yang jual rumah ni dah biasa dan cekap. Waktu aku bagi deposit 3%, aku terus dapat salinan S&P. Keesokkan harinya, bila jumpa lawyer, dia terus bawa LOI yang dah siap ditandatangani oleh vendor, salinan IC vendor, baki penyata pinjaman vendor, resit bil maintenance fee dan salinan title rumah tersebut. Semua dokumen lengkap diserahkan kepada lawyer aku dalam tempoh 2 hari je! Memang terbaik la agen ni. Aku bagi 5 bintang untuk dia..hahahaaa..

Jadi lawyer aku dah terus boleh buat kerja dia serta merta sebab semua dokumen dah lengkap..

Selesai sudah satu masalah aku.. Lepas ni, aku kene apply loan  pulak. Untuk apply loan ni aku kene prepare..slip gaji 3 bulan terkini..EA form terkini..penyata KWSP terkini..dan macam-macam yang terkini lagi.

Subscribe / Share

7 Comments Post a Comment
  1. pelajar says:

    macam banyak kerja nak buat pelaburan hartanah ni ye
    takut juga nak cebur bidang ni

  2. aslam says:

    bro,sorry off topic.. disebabkan kawan pun guna maybank2u utk trade.. apa maksud ni.. perasan tak bila nak masukkan duit dalam akaun trading kita..

    “For Bill Reference No., please enter TRUST, LOSSES, INTEREST or your purchase contract number…”

    kenapa kena tulis trust atau losses atau interest. aku tau purchase contract number je..hehe

    • 81cents says:

      Aslam,
      Ko memang dah ade account dgn maybank tak sblm ni? klau dah ade sepatutnya takde masalah… Proses nak transfer mudah je. Just pilih tab transfer>own account transfer>pilih acc yg link dengan investment acc tu.

  3. Aslam says:

    Ada, mmg guna maybank2u. Tp aku xleh transfer utk masukkan duit dlm trading akaun. Aku buat open payment, then pilih securities dan pilih maybank invesment.

    Tp dalam refenrence number kena isi either ayat trust, losses…

    “For Bill Reference No., please enter TRUST, LOSSES, INTEREST or your purchase contract number…”
    ..
    ..

  4. Aslam says:

    Sy tak boleh buat own account transfer.. Sbb ni dia lps sy click own account transfer…” you cannot make any funds transfer to ur own account because u hv only one account linked to ur record”

    • 81cents says:

      Ohhooo..patut la. Tak link dgn existing account rupanya..tak sama mcm kes aku.

      1. Aku rasa ko kena mintak bank utk link kan existing bank account dgn current account (trading account) ko.

      2. Kalau tak nak, ko kene hubungi bank tanya apa trading account number & bil reference number ko. Tp selalunya semua details ni ada ditulis dlm surat ‘pengesahan buka account’ dari Maybank. Ko tak dapat surat tu ke?klau dah hilang surat tu memang kene tanya bank la..takde cara lain.

      Tp, rasanya better ko amik pilihan no1 sbb kalau pilih no 2, setiap kali transfer ko kene caj 50sen..heheee..rugi tu.. :-)

  5. Aslam says:

    Ok bro, tq. Nnti aku call bank je senang..

Leave a Reply




CommentLuv badge