Asas Saham: Swing Trading

Lama dah aku tak buat posting pasal saham. Bukannya apa..susah sebenarnya nak cerita pasal teknikal saham ni. Dah la paper BM SPM akuĀ  dapat 5 je..eheheee.

Sebelum ni aku dah tulis pasal Contra Trading. Kali ni aku nak tulis pasal Swing Trading pulak. Harap korang boleh faham apa yang aku tulis kat bawah ni..eheheee..

Kalau contra trading adalah pelaburan dengan strategi jangka pendek iaitu dalam jangkamasa T+3, swing trading pula adalah strategi pelaburan dengan memegang kedudukan dalam jangkamasa agak panjang sedikit dari tu. Selalunya pegangan saham dibuat dalam masa 3 hari ke beberapa minggu (selalunya sehingga 10 hari – bergantung kepada analisa pergerakan harga).

Dah nama pun swing, para pelabur yang menggunakan strategi ni, akan mengambil untung semasa berlakunya perubahan arus pergerakan harga saham. Beli ketika harga rendah dan jual dalam harga yang tinggi. Kemudian beli semula apabila harga turun, dan jual semula semasa harga naik. Nampak simple dan senang kan??

Nampak memang senang..tapi berapa ramai yang berjaya membeli semasa harga rendah, dan menjual semasa harga tinggi..pada setiap masa?

Pelabur yang menggunakan strategi ni adalah pelabur yang mempunyai kekuatan menganalisa harga pasaran melalui analisis teknikal. Fundamental analisis tak banyak digunakan dalam strategi ni. Kalau adapun hanya semasa proses awal pemilihan saham je. Selepas tu, semuanya bergantung kepada kemahiran melakukan analisis teknikal.

Ramai pelabur yang menggunakan strategi swing ni dalam pelaburan saham mereka sebab risikonya yang lebih rendah berbanding strategi contra. Swing tak memerlukan kita menjual saham kita tergesa-gesa iaitu sebelum tempoh T+3 berakhir seperti contra, sebaliknya kita akan lebih rileks dengan mengikut pergerakkan harga saham. Bila harga dah menepati target yang kita tetapkan, baru waktu tu lah kita akan bertindak.

Next post insyaAllah aku akan tulis kenapa pelabur runcit macam kita ni lebih sesuai menggunakan strategi swing dalam pelaburan saham kita.

10 Comments Post a Comment
  1. H says:

    tuan,..sy pun akan guna teknik ne..guna RSI dan Momentum jer…ok ker??..ke ada lg power???

    • 81cents says:

      Ade investor yg guna MA je..ade jugak yg combine MA/SMA dgn stochastic..ade mcm-mcm kombinasi teknik. Takpe bro..mende ni ambik masa sikit untuk jd master. Tajamkan skill utk satu-satu teknik tu. Kemudian, belajar teknik lain.The best way, join free training yg Jupiter atau chartnexus selalu buat. Banyak boleh belajar dari mereka. :-)

  2. hafeez says:

    Assalamualaikum…
    Bila masa yg sesuai kita nak buy on weakness secara teknikal?Adakah kita perlu tggu dlu saham tu naik sikit baru buy?
    Terima kasih.

    • 81cents says:

      Ade beberapa indicator selain dari pergerakkan harga yg boleh bantu kita utk decide timing yg sesuai. Antaranya dgn tgk volume. Ade juga pelabur yg combine dgn bollinger band, stochastic, RSI dan MACD.

      • hafeez says:

        Andai kata kita guna 3 indikator; macd, rsi dan ma. Katakan ma dan macd memberi signal buy tapi di rsi pula sell, yg mana perlu kita ikut? Terima kasih.

  3. A says:

    Boleh terangkan dengan lebih mendalam lagi tak swing trading seperti apa indicator yang dipakai dan bila masa sesuai untuk beli dan jual saham?

  4. B says:

    Saya nasihatkan tengok dahulu RSI sebelum
    tengok indicator lain seperti macd dan ma.
    RSI lebih tinggi kadar ketepatannya berbanding macd dan ma.Macd lebih mudah terpengaruh dengan kadar naik turn saham terlalu awal manakala ma pula terlalu lambat. Jadi saya recommend hold dulu saham encik tengok trend saham tersebut. Biasanya sekiranya RSI melebihi paras 80, ia adalah masa yang paling tidak sesuai untuk membeli saham kerana dikhuatiri harga saham akan jatuk kerana tidak mempunyai momentum dan volume yang tinggi untuk naik.Kadang kala macd,ma,parabolic stop dan sebagainya lebih sensatif dan mudah menghasilkan ‘false signal buy or sell’ kerana pergerakan saham yang terlalu volatile..

  5. nuby says:

    Boleh x tuan TT jelaskan dgn lebih lanjut indikator2 yg digunakan. Terima kasih.

Leave a Reply




CommentLuv badge