
Untuk memulakan pelaburan saham di BSKL, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:
1. Buka Trading Account
i. Pelabur perlu membuka Trading Account dengan syarikat broker saham atau Participating Organisation (PO) yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.
ii. Senarai syarikat broker yang berdaftar dengan Bursa Malaysia boleh didapati di laman web Bursa Malaysia.
ii. Pelabur perlu pergi ke pejabat syarikat broker ini bagi proses pendaftaran. (Terdapat beberapa dokumen yang perlu pengesahan dari pelabur..jadi kene datang ke pejabat mereka).
* ade juga syarikat broker yang menawarkan pendaftaran secara online..tetapi pelabur perlu mendapat pengesahan dokumen dari Notary Public.
2. Pilih sama ada nak Direct account atau Nominee Account.
i. Nominee Account – pelabur melantik syarikat broker sebagai wakil untuk memegang saham bagi pihak pelabur.
ii. Direct Account – Pelabur sendiri yang memegang saham yang dibeli.
3. Pilih sama ada nak Cash Upfront atau Collateralised Account.
i. Cash Upfront
1. Had pelaburan bergantung kepada jumlah wang yang ada di dalam trust account. Contoh: jika pelabur mempunyai RM5,000 dalam trust account, dia hanya boleh membeli saham dengan had tidak melebihi daripada RM5,000 (termasuk kos broker, stamp fee,etc) .
2. Kelebihan – brokerage fee yang dikenakan lebih rendah.
ii. Collateralised Account
1. Had pelaburan tidak terhad kepada jumlah wang yang ada dalam trust account. Pelabur dibenarkan untuk membeli saham melebihi had wang yang ada dalam trust account. Had yang diberi adalah bergantung kepada kelulusan atau tawaran dari syarikat broker. Kebanyakannya lebih dari 2 kali ganda dari wang yang ada dalam trust account.
2. Contohnya: Kasim mempunyai RM5,000 dalam trust account nya. Beliau dibenarkan untuk membeli saham sehingga had RM10,000.
3. Selain wang tunai dalam trust account, saham-saham yang dimiliki juga boleh dijadikan collateral (gadaian) untuk meningkatkan had pelaburan.
4. Pilih sama ada nak melabur secara Online atau Offline.
i. Offline trading
1. Pelabur kene menghubungi remiser untuk beli dan jual saham.
2. Caj broker yang lebih mahal
ii. Online trading
1. Pelabur akan menggunakan kemudahan internet untuk urusniaga (belian atau jualan) saham tanpa melibatkan remiser.
2. Caj broker yang lebih murah.
5. Buka CDS account.
i. Syarikat broker tempat kita buka trading account tadi akan bantu kita untuk buka CDS account.
ii. CDS = Central Depository System. Ia adalah akaun elektronik yang diuruskan oleh Bursa Depository atau juga dikenali sebagai Malaysian Central Depository.
iii. CDS akaun adalah akaun dimana saham yang dibeli ‘disimpan’ secara elektronik di sini.
iv. Satu CDS akaun untuk satu trading akaun. Jika ade 2 trading akaun, kene buka 2 CDS akaun.. dan begitulah seterusnya.
v. Pelabur perlu:
1. Isi borang CDS Opening Account Form (FMN01).
2. Tandatangani 2 salinan specimen card.
3. Beri salinan kad pengenalan.
4. Bayar fee RM10. (ade sesetengah syarikat broker yang absorb fee ni).
6. Bila dah lengkap semua step diatas, boleh lah start beli saham.

Boleh cerita sikit pasal Notary Public
Notary Public adalah pihak yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjadi saksi dan mengesahkan dokumen. Kalau kat Malaysia, ianya sama macam Pesuruhjaya Sumpah. Banyak juga legal firm yang menawarkan khidmat notary public ni.
Sesetengah dokumen memerlukan pengesahan dari notary public sebab nak menjamin ketulenan dokumen. Untuk khidmat ini, tuan akan dikenakan caj untuk setiap dokumen yang disahkan.
Rasanya lebih senang kalau daftar trading account dengan datang terus ke pejabat syarikat broker. Lagi mudah.
sy ingin pendapat
sy tidak mahir dalam bidang saham (zero knowledge) tetapi sy dpt offer dr syarikat telekomunikasi
offer saham syarikat nye (IPO) sebanyak 14 lot dengan harga 0.80sen/ lot.
mengikut plan mereka akan launch dalam bulan may’11.
ape yg perlu sy buat ?
minta bantuan.
Terima kasih
Seelok-eloknya cik/puan kene belajar dulu tentang saham sebelum membuat sebarang keputusan..sbb sebaik-baik pelaburan adalah pelaburan yg kita faham dan tau.
Tetapi jika cik/puan seorang yg berani ambil risiko, ‘terjah’ je terus..sbb akhir-akhir ni byk IPO yg ‘meletup’ bila mula diniagakan di BSKL. Periksa dan baca prospektus syarikat tersebut terlebih dahulu, untuk pastikan syarikat tu benar-benar kukuh dan ada value..oh ye..jgn lupa buka CDS acc & trading account terlebih dahulu!
ni kalau tak silap xox. hari pertama dah menjunam 70 sen , sekarang dah tinggal 38 sen.
syarikat ace ni nak kena kaji betul2. Perlu lebih banyak membaca dan membuat kajian.
Saham memang boleh rugi tetapi kalau betul2 mendatangkan keuntungan yang lumayan. yanng penting ada plan stoploss kalau dah terbeli ipo yang macam xox ni.
camane IPO boleh dioffer pulak? bukan kena apply ke? ade ke dpt offer tanpa diminta?
insan biasa recently posted..Apa yang anda perlu tahu sebelum beli dinar?
salam/hi Mr 81million,
nk tnya ape beza CDS acc & trading account?
tq
1. CDS acc adalah ‘electronic’ account yang diuruskan by Bursa Malaysia. Saham yang kita beli akan dimasukkan ke dalam CDS account ni.
2. Trading account pula adalah account yg diuruskan oleh syarikat broker saham kita. Kita akan letakkan duit tunai dalam trading account ni untuk bayar duit saham yang kita beli. Jika kita jual saham, duit jualan tadi akan dikreditkan ke dalam trading acc ni.
3. Kesimpulan ringkasnya, CDS acc adalah untuk simpan saham, trading acc pula untuk simpan duit pelaburan kita.
saya rasa nk buat saham ..tapi masih x faham kena daftar apa?
Kene buka akaun CDS dan trading account untuk membolehkan kita beli & jual saham di BSKL.
mcm na tu..kat na nak buka akaun tu..u dah buat ke?
Aku dah ada 3 akaun trading. RHB, Maybank & Jupiter. Tp skang aktif dgn Maybank & Jupiter je.
Cara nak buka akaun trading+CDS ni ada dah aku tulis kat entry sebelum ni..antaranya:
Asas Saham: Bagaimana Untuk Melabur di BSKL
Asas Saham: CDS Account
…dan banyak lagi. Cuba selak-selak sikit kat ruangan ni. Kalau tak faham boleh tanya kat sini.
Boleh tuan terangkan mcm mana nk put some money dalam trading akaun kita sebelum beli saham thru online seperti maybank2u..
Kalau ade account saving dgn maybank, boleh terus transfer ke dalam current account. Caranya sama mcm nak transfer/simpan duit ke dalam account bank biasa.
1. askm. Sy telah pun buka akaun cds dan trading akaun,selain ipo online di maybank dimana sy boleh beli ipo secara online.?
2.sy kurang paham ttg akaun cds,boleh ke satu cds digunakan utk lebih dari satu syarikat saham?.Adakah cds mempunyai tarikh luput?
W’salam..
1. Selain maybank, boleh guna CIMB click.
2. CDS takde tarikh luput. Soalan lg satu tu tak berapa jelas. Yang tuan maksudkan tu..satu syarikat saham ke atau syarikat broker?
Maaf tuan,syarikat broker yg sy maksud kan,trima kasih cz blog tuan menguatkan sy utk blaja lebih dalam lg dlm pelaburan saham ipo ini.
sy ingin kepastian ,sekiranya sy membeli saham ipo melalui maybank2u,akaun cds nominee tdk boleh digunakan,dimana sy boleh buka cds direct akaun.
Saya pernah dengar kawan saya cakap… kawan dia melabur kat BSKL…kawan dia melabur RM2000 dan dapat bulanan lebih kurang RM 300/bulan.
Apa maksud dia tu, boleh Tuan 81 cent terangkan?
Maksudnya kawan tuan tu, dia boleh dapat untung bersih RM300/sebulan hasil dari pelaburan saham. Dia beli saham dengan modal RM2000 dan kemudian jual semula.
ni 300 dalam sebulan ke 300 tiap2 bulan?
salam…
boleh ke mintak tolong pimpin sy ke pelaburan saham…if ada yg sudi untuk menjadi kawan silalah email saya z********87@gmail.com….
sy akan cuba memberi komitmen yg sebaiknya…
Kalau dalam forex, boleh jual (short) dulu kemudian baru jual. Dalam saham boleh ke jual dulu kemudian baru beli?
As far yang saya tau, short selling tidak dibenarkan di Bursa Malaysia. Hanya Regulated Short Selling (RSS) sahaja yg dibenarkan. Since ia adalah regulated, ia agak complicated.
Kalau dalam forex, boleh jual (short) dulu kemudian baru BELI. Dalam saham boleh ke jual dulu kemudian baru beli?
salam.sy bru meng like saham2 ni.ada gak melabur dalam membeli buku pasal saham and hartanah.disini sy nk tanya mr 81cents.bagaimana untuk bermain kontra?sy masih belum buka acc lg.cuma nk cukupkan ilmu didada bru masuk market….
Contra adalah urusniaga beli dan jual saham yg sama sebelum berakhirnya tempoh T+3. Kelebihan main contra ni, kita tak perlu keluarkan modal utk beli saham sbb memanipulasikan sistem T+3..
T + 3 tu apa??
salam….saya baru nak mula belajar sikit2 main saham…hehe…tadi pegi ofis kenanga tanya borang pass tu kensel nak tanya…dah tua malu nak tanya lah…takut kena marah dgn officer apa ni dah tua pun tak tahu main saham lagi…..saya cuma nak tanya……klu kita buka 1 trading akaun & CDS akaun bolehkan saham2 yang dibeli dari syarikat yang berbeza2 …spt TNB, Telekom dll kita masukkan dalam satu CDS akaun?? klu tak boleh…perlukah kita buka CDS akaun & trading akaun lagi jika kita hendak beli saham2 dari syarikat lain??
Kita hanya perlukan hanya 1 CDS account & 1 trading account saje..tak perlu bukak bnyak CDS account. Pastu boleh la beli berapa banyak jenis saham pun. takde masalah
akum…….
saya ni hampir setahun mencuri bidang saham…. tapi… banyak lost… dr profit…
boleh dapatkan pandangan… dr tuan… (tuan ni remiser ke? kalau remiser, area mana tu? boleh sy tahu… mana tahu boleh kenalan ke.)
1. Main saham ni, mana yg lebih terbaik… kontra atau hold?
2. kalau kontra, apa cara terbaik utk main, teknikal analisis yg sesuai atau fandamental yg terbaik…?
3. kalau hold… adakan fandamental yg terbaik…
kalau bab fandamental ni… sy lemah sikit, bab2 akaun ni?
4. boleh ke tuan list kan.. yg mana fandamental nya terbaik (kaunter apa).
1. Contra vs hold – kalau baru nak mencuba melabur saham, bagi sy hold paling berkesan, contra sesuai bg pelabur jenis speculator & risk taker.
2. Untuk main contra lebih sesuai apply analisis teknikal.
3. Untuk hold, kene pilih saham guna analisis fundamental, kemudian gunakan analisis teknikal utk tentukan masa yg sesuai utk enter market.
4. Saham yg mempunyai fundamental yg baik kebanyakkannya dari saham jenis ‘bluechips’..
p/s: sy bukan remiser..sy cuma pelabur biasa2 je
1. baru2 … ni saya ada beli kaunter SCN… untuk hold… pada price 0.120?
apa pandangan tuan tentang kaunter ni? dari segi fundamental? teknikal analisis nampak menarik..
Untuk hold strategi, sy lebih suka pilih kaunter saham yg dah ada nama dan ada fundamental yg kuat . Kalau tgk SCN ni, saham ni boleh dikategorikan sbg penny stock..kene lebih berhati2 sikit.
Apa pandangan en tentanmg kaunter KNM….
Adakah akan berlaku pantulan semula… ?
mengikut indikator… seperti ingin bangkit semula…
salam, terima kasih kerana perkongsian yang di buat
sini aku ader satu soalan, setelah i menyemak PO yang terlibat dalam trading saham nie, kebanyakkannya memelukan salary statement untuk membuka trading account / CDS. untuk maklumat aku nie masih lagi seorang student yang tidak memiliki aper penyata kewangan…
adakah i layak untuk melabur????
terima kasih,
azri deris
Memang ade syarat nak bukak trading account & CDS account. Antaranya umur mestilah > 18tahun dan selalunya memang PO akan mintak payslip. Ade cara lain. Guna nama ayah/mak/abang/kakak/pakcik..etc.
Salam,
Saya nak tanya… pekerja kerajaan dibenarkan ke tidak trading saham ni? kalau payslip gaji tak sampai 3 ribu layak ke tidak main saham..
Takde masalah. setau sy takde peraturan yg menghalang penjawat awam bukak akaun saham. Slip gaji pun takde masalah..asal tak bankrup.
p/s: Cuma mgkin jd masalah kalau tuan terkantoi leka main saham waktu time keje oleh bos tuan..eheheee…
Hehee.. trimas atas info. Minimum nak kena ada untuk bukak akaun itrade cimb tuan tau tak berapa? pasal tgk kat m2u rasanya minimum rm50000 .. parah tu
Hmm..masa aku bukak akaun trading dgn Maybank haritu, diaorg takde pun minta deposit min rm50000. Kat mane bro tgk?try bukak webpage ni
Utk CIMB mmg aku tak tau sbb aku takde akaun trading dgn itrade CIMB.
Salam. kalau dah buka Maybank H.O.T Broking, dia akan buka CDS kita sekali ker? Sebab ada dinyatakan dalam page dia, dia kata:
“Opening of Account
Direct access to trade in shares listed on Bursa Malaysia
Account opening fee: RM10 for opening of Islamic CDS account and RM10 for opening a Conventional CDS account”..
Kiranya, selepas tu, agenda pendaftaran semua settle dah la, kan?
Salam.
Saya pun baru nak menjenguk pasaran saham ni. Dulu masa sekolah men ada belajar gak tapi dah lama tinggal. Jadi, ilmu saham ni memang cetek sangatlah. Dah lupa pon. So, klu saya berminat nak main saham, bolehkah saudara :
1. tunjuk ajar kepada saya dr A – Z
2. jadi remiser saya
Sekian. Tkasih
Ilmu sy ni tak la hebat mane pun..dan sy bukan remiser..cuma engineer cabuk jah..hahaa..
Tp kalau betul2 berminat dan perlukan bantuan remiser, sy boleh cadangkan seseorg utk tuan..
tolong cadangkan saya seorang remiser
Saya dah lama minat dgn saham BSKL ni…tapi tak ada kawan yg boleh saya ikut main. Saya pernah main Forex….agak bahaya sebab anytime tranfer account tak berjaya…
Saya teringin sangat melabur dlm saham ni. Berapa pelaburan minimum? Nak sangat saya tengok cara tradingnya… Boleh kah anda bantu?
Salam, tahun lepas saya ada buka CDS akaun dgn ambank utk saham petchem dan dah jual dan dpt utg dlm rm5k. dlm masa yg sama saya ada buka akaun online juga tapi masalahnya belum mahir lagi. adakah akaun CDS saya masih aktif kerana lama dah tak guna?. tapi sejak akhir2 ni saya berminat balik nak beli saham, ambank selalu hantar email saham mana yg tersenarai kat saya tapi masih was-was lg sbab tak tahu dgn siapa harus berurusan?….dlm saham ni saya taklh pandai sgt cuma faham sikit2 je, so minta nasihat dr tuan boleh ke. kat ambank dia org selalu email kpd saya ttg waren/bon dgn prospektus sekali sykt mana yg akan disenaraikan dlm masa terdekat. sbnrnya sy masih kabur ttg hal ni.
1. akaun CDS hanya akan dormant jika takde sebarang aktiviti jual/beli atau tiada saham didalamnya utk tempoh 36 bulan. Jd, klau bukak tahun lpas, akaun cds tuan masih aktif.
2. Klau nak mintak tips saham mane yg patut dibeli, sy tak berani nak beri..takut nnti tips tu tak menjadi pulak.hehee.. The best, tuan bleh buat analisa sendiri & bykkan buat bacaan terhadap stock research yg dibuat oleh broker firm..dlm majalah Personal Money pun ade jugak artikel yg cerita pasal stock research ni..
Hai…
Saya sedang mempelajari ilmu saham ni…saya belum lagi mendaftar sebab nak belajar dulu. Kalau ada nama di bank negara boleh mendaftar ke?
Salam..en, nk tny la
1) Apa tu saham ‘bluechip’?
2) Untuk yg baru nak start melabur, saham jenis mcm mn yg en cadangkan? Property? Retail? Technology?
3) Saya bercadang nak diversify portfolio saham2 tu utk elak kerugian, mungkin combination antara contohnya
(axiata+ ytl + petgas + kfc) is it a good idea?
4) Saya dlm proses research lg, skgxjelas masa untuk jual saham2 ygtlh dibeli…bila tu erk? Xsemestinyabeli hari ni n jual hari ni jgk kn? Klu tgu sbulan dua boleh?
5) apa beza share n stock?
6) mcm mne nk cek saham yg kita laburkan tu benasdri riba’
Terima kasih banyak2…
Such a great sharing!!!
apa itu CALL WARANT & PUT WARANT…. bagaimana ia bertindak . maaf saya masih baru nak belajar
bole xplain step kalu buka cds di maybk2u. apa beza/lebihan/kekurangan berbanding bukak kat broker
tuan, byk2 brokerage firms, firms mane yg offer lowest brokerage fees for online trading? tq…
insan biasa recently posted..Apa yang anda perlu tahu sebelum beli dinar?
dah setahun lebih aku main saham belum ada untung lagi sebab silap aku sendiri beli saham pun secara tergesa gesa sekarang ni tengah atur strategi yang lebih baik
berape paling rendah kita leh melabur
salam.. hari ni tetiba rase nak belek bab bursa saham. mmg zero.. tp saya nak try melabur kat bursa saham. kemana patut saya g?perlu ke saya ambik atau ikuti kursus berkenaan bursa saham ni dulu sblom buka akaun?
blh cadangkan syarikat mane yg terbaik yg menyediakan kursus berkenaan saham ni?tq
Yang zero tu kene positifkan. Baru selamat nak melabur. Takut melebur plak nanti
Salam, Cam na caranya utk kita dpt lihat dlm PC atau Laptop kita petunjuk harga saham bskl secara live. Dulu boleh tengok kat Security house tp skrg tak leh lagi.
kalau nak tgk secara live boleh tgk kat laman web bursa malaysia. Tp lagging/lewat 15 minit dari masa sebenar. kalau nak yg realtime memang kene guna platform yg syarikat broker sediakan.
Selalu juga mendengar perkataan “Blue chip counter”. Apa maknanya tu, dan macamana nak kenal “Blue chip counter” ni.